Saturday, March 14, 2009

1.34a.m

mengalami kesukaran untuk tidur.

seperti selalu...

sepi...

hanya kedengaran bunyi kipas yang berputar dan juga bunyi rintik2 hujan yang akhirnya membasahi bumi pulau mutiara.

terasa seram sejuk.

meremang bulu roma...

dalam keadaan yang sepi...

roda minda ligat berputar...

memeningkan kepala,

menyakitkan minda,

menyeksa jiwa.

menyesakkan nafas.



masa depan masih kelam.

terngiang-ngiang satu dialog dalam filem dragon ball evolution.

'masa depan boleh berubah'

memang betul.

masa depan bergantung pada kita.

keputusan yang tepat akan menjadikan masa depan kita itu lebih cerah dari sinaran matahari...
manakala,
keputusan yang kurang tepat akan menjadikan hidup kita kucar-kacir


hingga ke hari ini masih ada beberapa persoalan yang masih menjadi tanda tanya...

dan,

saban hari pertanyaan semakin menimbun.



menjadi guru seperti yang diharapkan oleh ayahanda?

mengikut gerak hati sendiri?

mempertahankan pilihan sendiri sama seperti dahulu atau puaskan hati ayahanda yang banyak berkorban?

pernah sekali saya mempertahankan pilihan saya untuk belajar di universiti sedangkan masa itu bapa mahu melihat saya menjadi guru sandaran.

sekali lagi, dia mahu saya menjadi pendidik sama seperti dia...

saya tersepit antara kepuasan bapa atau diri sendiri...



pada saat saya mempertahankan keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti,

bapa terpaksa akur kerana dia melihat anak bongsunya tegas dengan keputusan dan tidak mahu bertolak ansur...

adakah kali ini saya perlu bertegas atau kali ini saya perlu mengalah dan akur dengan kehendaknya pula?

pernah saya tanyakan pendapat ibu, namun dia serahkan pada saya...

pernah saya suarakan perasaan saya tidak mahu menjadi pendidik dan meminta dia memujuk bapa agar tidak memaksa saya...

tetapi,tidak berjaya.



semua kata2 terkunci di peti suara...

semuanya masih kelam...

bingung...

hanya doa yang menjadi teman...

Template by:
Free Blog Templates