tahu tak kenapa hidung babi tak cantik, biji buah gajus kat luar and unta ada bonggol?
ceritanya macam ni....
pada suatu hari,
babi yang masih lagi berhidung cantik dan unta yang masih tidak berbonggol sedang berjalan-jalan di tepi sebatang sungai.tiba2 kedua-dua mereka pun bertengkar entah apa puncanya.
si unta pun mencabar si babi untuk berlumba lari.si babi yang panas baran menyahut cabaran si unta.mereka telah menetapkan tarikh dan jarak untuk acara lumba lari tersebut.
jarak tersebut ialah dari sungai hinggalah ke pokok gajus.kedua-dua mereka pun bersetuju.
pada hari yang ditetapkan,si babi dan si unta sama2 telah bersiap sedia.hakim meniupkan wisel menandakan perlumbaan bermula.maka berlalilah si babi dengan pantasnya sambli menutup mata.oleh kerana si babi menutup mata dia tidak melihat pokok gajus sudah dekat di hadapannya.maka unta pun menjerit
'hoi babi!!!!pokok gajus kat depan kau'
si babi membuka matanya dan tidak sempat membrek telah terlanggar pokok gajus itu.akibat terlanggar pokok gajus, hidungnya mancung telah menjadi tak mancung dan menjadi seperti yang kita lihat pada hari ini.
semasa si babi itu terlanggar pokok gajus itu, buah gajus sedang tidur. si gajus telah terkejut beruk sehingga buahnya terkeluar.
si unta pula sempat membrek tetapi mengakibatkan timbul bonggol di belakangnya...
**hanya hiburan semata-mata...Ciptaan Tuhan memang unik dan ada sebabnya...
Tuesday, February 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





2 sending loves and hugs:
Ngeeeeeeeeee...
sengih2 membayangkan keadaan durang..
hehe..
hahaha...
masa kwn kasi ceta ma sia pun sia ktwa terbahak2 uda ni
Post a Comment