Saturday, February 7, 2009

hanya rekaan semata-mata

alkisah sepasang suami isteri yang sudah lama mendirikan rumahtangga. si suami tidak pernah meraikan hari jadi isterinya sejak mendirikan rumahtangga.(kesian...)oleh itu, si suami merancang akan membuat satu kejutan untuk isteri tersayangnya.

saat yang di tunggu uda tiba.si suami telah menjemput isterinya pulang dari tempat kerja.(selama ini x pernah pun).sebelum turun dari kereta, si suami telah menutup mata isterinya dan memimpin tangan isterinya perlahan2 masuk ke dalam rumah.
si suami pun berkata,

'yang,kejap ye..tunggu smpi abg dtg'

si isteri hanya mengangguk dan tidak sabar2 untuk mengetahui kejutan itu.
20 minit telah berlalu tapi suaminya masih tidak datang2 juga.
pada masa itu, perutnya sakit sangat dan rasa ingin kentut. pada fikirannya, kalau dia kentut pun suaminya tak akan tahu kerana suaminya tidak ada di situ.maka dia pun melepaskan hajatnya dan ketawa kecil.

30 minit berlalu.suaminya masih juga belum datang. dia sekali lagi melepaskan kentutnya dan ketawa kecil.

40 minit berlalu.
keadaan masih sama. dan sekali lagi dia kentut.

50 minit berlalu.(lamanya suami tinggalkan isteri dia)
dia kentut untuk keempat kalinya dan beberapa minit selepas itu, suaminya datang dan membuka penutup mata isterinya.isterinya memang terkejut kerana di depannya semua ahli keluarga suaminya dan ahli keluarganya sendiri sedang duduk.

si isteri pun berkata...
'eh...bila abah sampai',sambil mencium tangan bapa mentuanya.

bapa mentuanya pun berkata
'sejak KENTUT YANG PERTAMA'
**********************************************************************
hohohoho...
nasihat kepada para lelaki jangan buat kejutan pada isteri.nanti perkara yang sama akan terjadi
dan pada pompuan..kalo suami tutup mata, ingatlah...jangan kentut.kang kantoi!!

1 sending loves and hugs:

Aiso said...

hahahaha... best pula cerita ko ni tau. eh silap... osiuk iti sorita nu balaai. ponulis poh ka...

Template by:
Free Blog Templates